19 June 2012

Proses kerja Kemasukan Markah Kerja Kursus PMR & SPM


Peringatan kepada semua ketua pentaksir dan pentaksir mata pelajaran


1.    Sila pastikan SEMUA calon SPM dan PMR telah melaksanakan kerja kursus dan mempunyai markah kerja kursus.
2.    Markah PBS perlu diisi mengikut Angka giliran calon yang telah didaftarkan semasa pendaftaran SPM & PMR 2012.
3.    Format senarai nama dan angka giliran calon SPM telah disediakan dalam komputer di bilik guru.
4.    Senarai nama calon PMR akan disediakan selepas 25 Jun 2012 di komputer yang sama.
5. Sila serahkan satu salinan markah ULBS,PEKA Sains ,kerja kursus dan PAFA  yang   LENGKAP.
6.    PASTIKAN:
6.1     hantar senarai tersebut kepada Ketua Pentaksir Sekolah(PKP) untuk disemak
6.2  dapatkan pengesahan daripada Pengetua sebelum serahkan kepada setiausaha peperiksaan SPM dan PMR
7.    Tarikh serahan markah PBS PMR dan SPM : sebelum atau pada 1 Ogos 2012 .
8.    Sekiranya ada kes calon gagal untuk siapkan kerja kursus / ULBS / PLBS / PEKA / PAFA ,  sila rujuk masalah tersebut kepada Ketua Pentaksir Sekolah supaya jawatankuasa Kes Khas PBS dapat ambil tindakan dengan kadar segera.
9.    Cetakan sijil:
9.1     SEMUA Ketua Pentaksir SPM perlu mengisi markah kerja kursus dalam templat yang akan disediakan oleh Setiausaha SPM September ini untuk tujuan cetakan sijil.
9.2     PASTIKAN markah yang dimasukkan adalah tepat dan tiada perubahan.
9.3     PASTIKAN juga ejaan nama calon , no. K/P dan Angka Giliran adalah tepat
9.4     Setiausaha SPM akan proses markah tersebut dan mencetak sijil-sijil tersebut




No comments:

Post a Comment